Tuesday, 25 July 2017

Solusi kepada Kulit Bermasalah

Hai semua...

Hari ni saya nak berkongsi tentang pengalaman saya mengalami muka bermasalah. Muka saya bermasalah sejak saya di tingkatan 2 which is disebabkan faktor resdung. Semua adik beradik mengalami masalah yang sama. Memang first muka naik jerawat tu rasa down gila sampaikan rasa berat ja hati nak gi sekolah. Tambah pulak time tu ramai peminat luls. Then bila muka mula naik jerawat peminat pon lari kahkahkah.

Memang waktu tu buntu sangat nak cari produk apa yang sesuai untuk hilangkan jerawat yang makin lama makin rancak naik kat muka ni. Macam-macam produk saya guna and banyak duit habis dekat muka ni ja. Masalah muka ni tak jugak selesai sampailah saya masuk uni. Habis diploma pon still tak hilang..

Pastu bila time sambung degree kebetulan satu rumah dengan sorang member ni. Muka dia lagi teruk dari saya. Tapi bila dah lama serumah dengan dia, makin lama saya perasan jerawat kat muka dia makin kurang. Tapi saya tak tanya la sebab macam segan pulak. Then, satu hari dia tanya saya ada masalah kulit sensitif ke? Saya jawabla haah, dah lama since sekolah menengah lagi. Dia pon syorkan saya try T3 Mycin iaitu lotion yang kita hanya boleh dapati di Watson, Guardian and farmasi ja. Lagi satu lotion ni under control so if nak beli kena jumpa person in charge bahagian ubat-ubatan terkawal ni dulu. Isi nama apa semua dulu baru boleh beli.

Alhamdulillah memang berkesan. Boleh perasan perubahan dalam masa seminggu bila jerawat baru dah tak tumbuh and jerawat lama makin kecut dan hilang camtu ja. Waktu mula pakai memang akan rasa pedih sikitla since dia act untuk kill all the bad germs kat muka tu. Actually ada dua jenis Mycin iaitu satu bentuk lotion and satu lagi bentuk air yang kita perlu dab je kat muka without guna tangan. I prefer yang dab sebab it is more hygiene since kita tak sentuh dengan tangan kita and elak sentuh muka jugak dengan tangan.

Until now muka dah okey just sekarang saya cuba cari ubat parut pulak since ada parut sikit kesan jerawat dulu-dulu.Parut saya tak banyak sebab memang dari dulu takda nak picit jerawat and selalu pakai bio oil. So if korang yang still tercari-cari solusi untuk kulit problem bolehla try produk ni. Tak mahal pon around RM30 something and tahan 6 bulan. Make sure pakai setiap pagi and malam in sha Allah muka kembali normal balik.

Haa ni yang lotion punya

Ni la dab dab je ..I prefer this one 




Okey itu saja yang saya nak kongsikan untuk entri kali ini. J

No comments: